December 31, 2010

Tahun Baru. Hati Baru.

Assalamualaikum.

Selamat menyambut tahun baru 2011. Terasa baru semalam saya menulis post Welcome 2010! di blog lama. Ketika kembali dari bercuti di Pantai Pangandaran. Bercerita tentang air, tentang hati manusia dan manusia itu sendiri. Benarnya kangen sama kota Bandung itu sendiri. Awal tahun lepas masih menghembus udara dingin kota Jatinangor. Merasa ayam penyet kegemaran saya. Membeli barangan di PAUN yang sibuk. Menaiki angkot.

Dan saya juga tahu, masa itu juga tidak akan pernah membiarkan apa-apa jua di dalamnya untuk terus kekal. Sekarang saya sudah pun menghirup udara sibuk tanah air. Sibuk belajar.

Dan hari ini sudah pun penghujung tahun 2010. Sudah hampir mencecah umur 23 (Waduh, tua banget sih!). Benarlah, masa tidak pandai menunggu. Kerana rasanya sepanjang tahun ini, lebih2 lagi sekembalinya dari Tanah Nusantara itu, saya banyak ‘berlari’, ‘mengejar’ masa yang entah kenapa lebih pantas lariannya dari ‘larian’ saya. Sudah jarang memerhati, walau terkadang sempat juga melihat. Sudah jarang mencanai fikiran, walaupun terkadang teringat.

Sempat juga kelmarin ke kenduri saudara terdekat. Melihat persiapan yang dibuat. Memerhati ragam manusia yang diperlihat. Melihat telatah anak-anak kecil. Dan dalam riuh rendah, peluk cium nenek-nenek saudara (Mentang2 tahu saya ambil perubatan, semuanya pakat bagitahu sakit itu sakit ini. Hehe.), usik mengusik mak-mak saudara (Bertanya saya, “Bila lagi?” Waduh, gawat nih!) , sepupu-sepupu yang sudah dewasa, dan anak-anak sepupu yang comel-comel belaka, byk juga bertemu perkara-perkara yang memberi banyak pengajaran.


(Ayah dengan anak sepupu mama.)



(Sempat snap anak sepupu mama yang berangan jadi pengantin. Hehe.)



(See? Dia dah tak nak turun dah. Cute. Hehe.)



(Anak sepupu mama. Dia pelik ada cermin dalam kotak, jadi apa lagi? Satu muka dibeleknya depan cermin.)



Pernah menonton Kabhie Kushie Kabhie Gham? Ada satu part dalam cerita tersebut, yang berkata begini:

“Kenapa orang asing kadang2 terasa seperti darah daging sendiri?”

“Dan kenapa darah daging sendiri kadang2 terasa seperti orang asing?”

Itulah. Tak tahu bagaimana mahu menerangkan. Entah mengapa, dalam dunia tanpa sempadan ini, manusia itu kerapkali punya p. h. d. Bukan doktor falsafah tapi perkataan satu lagi. Dalam keluarga sendiri. Yang mengaku lebih atas, lalu tanpa segan-silu merendahkan yang lain. Punya hati tp kurang bersih. Menolong tapi mulut juga ikut berbunyi. Malah berkata-kata dgn penuh angkuh.

Saya sekadar melihat, mendengar sebentar, kemudian terus angkat kaki. Malas berlama-lama bila mana ada manusia sebegitu berhampiran. Biarlah mereka. Cemburu dan hasad dengki itu memang ada dalam diri semua manusia. Lalu membuatkan saya terfikir, akan beginikah saya dgn adik-adik saya apabila sudah berkeluarga pada masa akan dtg? Dgn ipar-duai yang dari pelbagai latar belakang dan keluarga? Dalam dunia yang semakin di penhujung usia, manusia juga sudah semakin hilang rasa malu dan hina sebagai hambaNya. Tanpa segan-silu mendabik dada, mendongak langit. Moga dijauhkan olehNya.

p. h. d. itu lawannya syukur. Angkuh itu lawannya rendah diri. Dan mama saya adalah org yg plg byk mengajar saya tentang itu. Being humble. Tidak perlu bermegah-megah. Tiada manusia yang sempurna. Harta. Rupa. Kebijaksanaan. TIADA yang LEBIH. Cuma yang banyak, KURANGnya. Bukanlah sampai tidak berusaha. Cuma riya’ itu berdosa bukan? Haram hukumnya.

Justeru, selamat tahun baru 2011 untuk semua yang mengenali. Semoga tahun baru ini, memberi penambahbaikan pada hati-hati kita. InsyaAllah.

December 25, 2010

Tanpa Tajuk.

Yang datang yang pergi.
Yang berlalu yang menanti.
Yang hilang yang berganti.
Yang menerima yang memberi.
Yang berhenti. Dan mencari.

Yang ada dalam tiada.
Yang tenang dalam ribut.
Yang sunyi dalam riuh.
Yang hampir dalam jauh.
Yang berlari. Terkadang jatuh.

Ada kisah ada cerita.
Ada bahagia ada derita.
Ada suka ada duka.
Ada tawa. Juga air mata.

Berbeda rasa. Jiwa. Masa. Siapa. Mengapa. Di mana.
Sudah hampir ke penghujungnya. Sudah hampir melabuhkan tirainya.
Lalu tertanya-tanya. Sudah sejauh mana?

NSS
02:46 Dec 25, 2010
Kuala Lumpur.

(Tanjung Karang, Selangor)

December 12, 2010

Bahagia.

Assalamualaikum..

Baru selesai membaca novel tulisan Jodi Picoult, ’Nineteen Minutes’. Buku ke 3 beliau dalam koleksi saya. Juga buku ke 2 selepas ‘Twilight – Eclipse’ berjaya dihabiskan setelah hampir 6 bulan pulang ke tanah air. Berazam walau sesibuk mana pun, tidak mahu tergolong dalam kajian yang mengatakan rakyat Malaysia secara purata hanya membaca 2 muka surat bahan bacaan dalam satu tahun. It’s terrible fact right? Yet, it’s true. Luckily, I love reading. Old habit die hard, aren’t they?

As usual, Jodi Picoult loves to use teenager as the main character. And it is always family-centered. And somehow she managed to describe all characters, awesomely. And i love to be ‘dragged off’ as the story went further and deeper. Because the ending was always unexpected or turn to be the other way around. Fascinating though.

Ada certain issues yang saya rasa agak sensitive terutama bila melibatkan pandangan org luar terhadap Islam. Not proud (it calls riya’ isn’t it?), but I’m totally grateful to be born or even died as a Muslim. InsyaAllah.

Well, this story was about a junior high school student who was being bullied for entire time during his school time. After 12 years, he exploded. By killing 10 people in his high school. His revenge made him a murderer. Not only the whole town, but his own parents become traumatized. Shocked. Did not know, in what way, how their child turned to be a monster. And the ending was very unexpected. Well, mahu tahu lebih lanjut, harus beli sendiri bukunye.

Tapi salah satu perkara yang saya dapat, ialah how to measure happiness. Actually, there is a mathematical formula for a happiness.

"Mathematical formula for happiness: R/E; Reality divided by Expectations. There were 2 ways to be happy: improve your reality, or lower your expectations.”

“Everyone know that if you divided Reality by Expectation, you got a happiness quotient. But when you inverted the equation - Expectation divided by Reality - you didnt get the opposite of happiness. What you got, was hope.”

“Pure logic: Assuming Reality was constant, Expectation had to be greater that Reality to create optimism. On the other hand, a pessimist was someone with Expectations lower than Reality.”

Menarik kan? Suka. Walaupun bahagia itu takkan dapat diukur dan berbeza mengikut siapa, di mana dan mengapa, it just nice to know that somehow it did countable.

November 22, 2010

Wrong.

Assalamualaikum..

Hari yang amat, sungguh dan paling 'panjang' buat saya. Ke wad seawal 6.30 pagi. Clerk patient. Get ready untuk ward round pagi. Under team Endocrine & Breast (ENB). Hanya beberapa patient di wad biasa.

8.30 pagi ke Operation Theatre (OT) di bahagian O&G untuk melihat minor surgery/daycare. Pertama kali masuk je tak tahu apa-apa, main redah je pakai baju and tudung OT (the worse tudung i ever wear, made me look very old!). Melihat excisional biopsy for enlarge brachial lymph node. Pada mulanya ok. But then suddenly, i felt dizzy. Berpinar-pinar. Serius. MABUK DARAH. Bukan..! Saya pun tak tahu. Patient diberi local anaesthesia (bius) untuk menghilangkan sakit ketika biopsy. Tapi tidak mencukupi. Beberapa kali patient mengerang, sakit. Dan terus pandangan jadi tak menentu menyebabkan saya terpaksa keluar dari OT. Dan setelah 'stabil', saya masuk semula. Ditegur MO (Medical Officer) di situ. Aduh. Malu. Dan itu MO terbaik pernah saya jumpa. Kenapa? Because she's willing to teach even we (my other 2 friends and i) know nothing or senang kata 'blur'. Saya suka part itu (definitely bukan part PENING and ditanya MABUK ke?). Pertama kali rasa neuro itu best (Ada kaitan ke LN biopsy dgn neuro? Tibai le. Doktor baik). :)

Kemudian pukul 11.++ pagi, saya kembali ke ward. Melihat wound dressing (cuci luka). Aduh. Darah lagi. Terpaksa bertahan. Mahu memenuhkan logbook. Saya tak tahu kenapa. Saya tak takut darah but then today jadi begitu. Lama wound dressing nya. Hampir pukul 1.00. Kerana patient itu mengalami occupational injury (kemalangan di tempat kerja). Terduduk di atas 'driller' yang sedang on! Bayangkan. There is other big hole down there other than your anus. Seriously severe. Patient lelaki. Warga asing. Kasihan.

Kemudian, turun untuk lunch dan solat. Pukul 2.00 petang, saya ke wad lagi. Masih prepare untuk presentation case. Untuk teaching pukul 4.00 petang. It was our first teaching with our professor. Quite tension.

And at 4.00 pm, teaching started. Mula sahaja, saya sudah dimarah. Tiada 'yellow paper' (for attendance). Bergegas ke tingkat 8 (office). Aduh. Kerani solat. Dan terpaksa menunggu untuk di'print' dan photocopy. Kemudian, sampai saja di tutorial room, terus di'attack'. Kami tak cover semua bed di semua wad. Kerana salah faham. Kami igtkan hanya di wad biasa. Tapi prof mahu di semua wad. Dan sudahnya, teaching dibatalkan. Seriously, down..!

Dah. Itu sahaja. Habis cerita. Is it?

But seriously, if anyone tell me about this is relax posting, i'm gonna kill them with my both hands.
And seriously, if anyone tell me that O&G lg teruk, no. I dont wanna hear it. I'm not there yet.
'Pendapat-pendapat' itu semua tak boleh pakai. Takkan tahu selagi tak melalui. See what happened now? Blaming? No, i dont. Dont care also. Just tired with wrong perception. Never get you anywhere.

*This is the first emo entry.

November 18, 2010

Sesekali.

Sebenarnya menjawab tag oleh adik a.k.a. fain. Saja. Sesekali. :)
Dapat award lagi.



1. notonlyboutme.blogspot.com di mata kalian..

Rajin diupdate (bkn mcm blog saya yg tak tentu masa diupdate). Menarik. Santai. Meriah. Happening. Childish. Honest.

2. nama blog anda & kenapa letak nama tu..

Ilham Bahagia. Suka kedua-dua perkataan itu. Punya makna tersendiri. Diilhamkan oleh seseorang yang penting dalam hidup saya.

3. nama url blog anda & dari mana datangnya idea tu..

http://kauilhambahagia.blogspot.com/ Dari cerita. Di TV. Dari lagu sebenarnya. Saya orang yang jarang menonton TV. Cerita ditonton hanya berbentuk VCD.

4. apakah kaedah dalam penulisan blog anda..

Suka kekemasan, keteraturan. Yang dilihat. Yang dirasa. Yang terlintas. Yang terfikir. Apa pun, bergantung pada masa. Juga hati.

5. apa perasaan anda bila lihat blog orang chantek & menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendahkan diri)

Selalunya yang dilihat cuma isinya. Kalau menarik dibaca. Kalau menambah ilmu memperkaya perasaan lagi saya suka. Kalau cantik dan tulisan mudah dibaca, itu bonus. Selebihnya, bergantung kreativiti masing-masing.

6. bilakah blog anda diwujudkan..

Sekembalinya dari Indonesia.

7. siapakah orang pertama yang tahu & menjadi pengikut/sahabat blog anda..

Tak pasti. Ada beberapa orang. Follower pertama, Angah.

8. sila tag 5 nama lain untuk menerima anugerah tersebut & paskan syarat-syarat ini..

Terpulang. Bisa aja dicopy.

November 17, 2010

Redha. Aidiladha.

Assalamualaikum..
Lama menatap skrin laptop tapi tiada ilham bertandang untuk menulis. Malah tajuk juga saya kemudiankan. Namun tetap, masih, mahu menulis.

Alhamdulillah. Selesai sudah semester 1 saya di HUKM, Cheras. 2 posting yang wajib dilalui. Yang pertama Medicine & Society (Kesihatan Masyarakat) di Tanjung Karang, Selangor. Dan yang kedua Medicine (Penyakit Dalam) di HUKM sendiri. Setiap posting selama 8 minggu atau 2 bulan. Bermacam ragam manusia. Kerenah rakan seperjuangan. Para doktor. Jururawat. Juga patient. Terus terang, bukan mudah untuk menjadi seorang doktor perubatan.

Dan tadi, keputusan final exam sem 1 diumumkan. Sudah dijangka sebenarnya. Walaupun sedikit berharap ia tidak menjadi kenyataan. Saya gagal. 1 posting. Medicine. Sedih. Tapi selebihnya kecewa. Mungkin ada silap saya di mana-mana. Jangan menyalahkan sesiapa. Saya redha. Sungguh. Tiada air mata yang gugur. Tiada marah seperti selalunya. Hanya sedikit sebak dan kecewa. Apapun rasa, kurang terasa andai menjangka dan bersedia.

(Terdiam)

Perjuangan tetap perjuangan. Saya sudah pun memasuki posting baru. Surgery (Bedah). Kemudian posting terakhir, O&G (Sakit Puan). Kemudian akan mengulang mana-mana posting yg gagal, sebulan setiap satunya, selepas peperiksaan akhir. Justeru, 1 posting telah pun pasti akan saya ulang. Medicine.

Entah. Tak tahu mahu diceritakan apa. Mahu diceritakan bagaimana. Yang berlalu biarkan berlalu. Mahu meminjam kata-kata seorang teman ketika memberitahu keputusan saya, "Allah menjanjikan yang lebih baik". Terima kasih (sekadar tepukan di bahu itu saja sudah lebih dari mencukupi). Benar. Hanya Dia lebih mengetahui. Siapa kita untuk mempertikaikan.

Saya redha.

Juga, salam Aidiladha buat semua. Saya tidak pulang beraya. Cuti hanya sehari. Sekadar beraya di hospital. Dikelilingi buku-buku. Walau sudah hampir 5 bulan 'bersara' dari bergelar anak perantauan, masih juga tidak mampu untuk pulang beraya ke rumah sendiri.

(Senyum). Takpe..

Sekali lagi. Salam Aidiladha buat semua kaum muslimin muslimat. Ketemu lagi di lain waktu.


(Salam Aidiladha.)

November 14, 2010

Dicari, Tiada.

Duduk.
Dengar.
Lihat.
Termangu.
Beku. Kaku.
Dicari, tiada.

Berdiri.
Dengar lagi.
Lihat lagi.
Mengenang kembali.
Masih, beku.
Masih, kaku.
Dicari, tiada.

Ada kesal.
Terus, terkilan. Luka.
Tapi itulah.
Dicari, tiada.

Biarlah.
Sudah berlalu.
Untuk apa tahu?
Yang terluka, telan.
Yang terkilan, biarkan.
Lupa? Hati, terpaksa rasa.
Memang begitu.
Dicari, tiada.

NSS
00:03 Nov 15, 2010
Kuala Lumpur.