November 22, 2010

Wrong.

Assalamualaikum..

Hari yang amat, sungguh dan paling 'panjang' buat saya. Ke wad seawal 6.30 pagi. Clerk patient. Get ready untuk ward round pagi. Under team Endocrine & Breast (ENB). Hanya beberapa patient di wad biasa.

8.30 pagi ke Operation Theatre (OT) di bahagian O&G untuk melihat minor surgery/daycare. Pertama kali masuk je tak tahu apa-apa, main redah je pakai baju and tudung OT (the worse tudung i ever wear, made me look very old!). Melihat excisional biopsy for enlarge brachial lymph node. Pada mulanya ok. But then suddenly, i felt dizzy. Berpinar-pinar. Serius. MABUK DARAH. Bukan..! Saya pun tak tahu. Patient diberi local anaesthesia (bius) untuk menghilangkan sakit ketika biopsy. Tapi tidak mencukupi. Beberapa kali patient mengerang, sakit. Dan terus pandangan jadi tak menentu menyebabkan saya terpaksa keluar dari OT. Dan setelah 'stabil', saya masuk semula. Ditegur MO (Medical Officer) di situ. Aduh. Malu. Dan itu MO terbaik pernah saya jumpa. Kenapa? Because she's willing to teach even we (my other 2 friends and i) know nothing or senang kata 'blur'. Saya suka part itu (definitely bukan part PENING and ditanya MABUK ke?). Pertama kali rasa neuro itu best (Ada kaitan ke LN biopsy dgn neuro? Tibai le. Doktor baik). :)

Kemudian pukul 11.++ pagi, saya kembali ke ward. Melihat wound dressing (cuci luka). Aduh. Darah lagi. Terpaksa bertahan. Mahu memenuhkan logbook. Saya tak tahu kenapa. Saya tak takut darah but then today jadi begitu. Lama wound dressing nya. Hampir pukul 1.00. Kerana patient itu mengalami occupational injury (kemalangan di tempat kerja). Terduduk di atas 'driller' yang sedang on! Bayangkan. There is other big hole down there other than your anus. Seriously severe. Patient lelaki. Warga asing. Kasihan.

Kemudian, turun untuk lunch dan solat. Pukul 2.00 petang, saya ke wad lagi. Masih prepare untuk presentation case. Untuk teaching pukul 4.00 petang. It was our first teaching with our professor. Quite tension.

And at 4.00 pm, teaching started. Mula sahaja, saya sudah dimarah. Tiada 'yellow paper' (for attendance). Bergegas ke tingkat 8 (office). Aduh. Kerani solat. Dan terpaksa menunggu untuk di'print' dan photocopy. Kemudian, sampai saja di tutorial room, terus di'attack'. Kami tak cover semua bed di semua wad. Kerana salah faham. Kami igtkan hanya di wad biasa. Tapi prof mahu di semua wad. Dan sudahnya, teaching dibatalkan. Seriously, down..!

Dah. Itu sahaja. Habis cerita. Is it?

But seriously, if anyone tell me about this is relax posting, i'm gonna kill them with my both hands.
And seriously, if anyone tell me that O&G lg teruk, no. I dont wanna hear it. I'm not there yet.
'Pendapat-pendapat' itu semua tak boleh pakai. Takkan tahu selagi tak melalui. See what happened now? Blaming? No, i dont. Dont care also. Just tired with wrong perception. Never get you anywhere.

*This is the first emo entry.

November 18, 2010

Sesekali.

Sebenarnya menjawab tag oleh adik a.k.a. fain. Saja. Sesekali. :)
Dapat award lagi.



1. notonlyboutme.blogspot.com di mata kalian..

Rajin diupdate (bkn mcm blog saya yg tak tentu masa diupdate). Menarik. Santai. Meriah. Happening. Childish. Honest.

2. nama blog anda & kenapa letak nama tu..

Ilham Bahagia. Suka kedua-dua perkataan itu. Punya makna tersendiri. Diilhamkan oleh seseorang yang penting dalam hidup saya.

3. nama url blog anda & dari mana datangnya idea tu..

http://kauilhambahagia.blogspot.com/ Dari cerita. Di TV. Dari lagu sebenarnya. Saya orang yang jarang menonton TV. Cerita ditonton hanya berbentuk VCD.

4. apakah kaedah dalam penulisan blog anda..

Suka kekemasan, keteraturan. Yang dilihat. Yang dirasa. Yang terlintas. Yang terfikir. Apa pun, bergantung pada masa. Juga hati.

5. apa perasaan anda bila lihat blog orang chantek & menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendahkan diri)

Selalunya yang dilihat cuma isinya. Kalau menarik dibaca. Kalau menambah ilmu memperkaya perasaan lagi saya suka. Kalau cantik dan tulisan mudah dibaca, itu bonus. Selebihnya, bergantung kreativiti masing-masing.

6. bilakah blog anda diwujudkan..

Sekembalinya dari Indonesia.

7. siapakah orang pertama yang tahu & menjadi pengikut/sahabat blog anda..

Tak pasti. Ada beberapa orang. Follower pertama, Angah.

8. sila tag 5 nama lain untuk menerima anugerah tersebut & paskan syarat-syarat ini..

Terpulang. Bisa aja dicopy.

November 17, 2010

Redha. Aidiladha.

Assalamualaikum..
Lama menatap skrin laptop tapi tiada ilham bertandang untuk menulis. Malah tajuk juga saya kemudiankan. Namun tetap, masih, mahu menulis.

Alhamdulillah. Selesai sudah semester 1 saya di HUKM, Cheras. 2 posting yang wajib dilalui. Yang pertama Medicine & Society (Kesihatan Masyarakat) di Tanjung Karang, Selangor. Dan yang kedua Medicine (Penyakit Dalam) di HUKM sendiri. Setiap posting selama 8 minggu atau 2 bulan. Bermacam ragam manusia. Kerenah rakan seperjuangan. Para doktor. Jururawat. Juga patient. Terus terang, bukan mudah untuk menjadi seorang doktor perubatan.

Dan tadi, keputusan final exam sem 1 diumumkan. Sudah dijangka sebenarnya. Walaupun sedikit berharap ia tidak menjadi kenyataan. Saya gagal. 1 posting. Medicine. Sedih. Tapi selebihnya kecewa. Mungkin ada silap saya di mana-mana. Jangan menyalahkan sesiapa. Saya redha. Sungguh. Tiada air mata yang gugur. Tiada marah seperti selalunya. Hanya sedikit sebak dan kecewa. Apapun rasa, kurang terasa andai menjangka dan bersedia.

(Terdiam)

Perjuangan tetap perjuangan. Saya sudah pun memasuki posting baru. Surgery (Bedah). Kemudian posting terakhir, O&G (Sakit Puan). Kemudian akan mengulang mana-mana posting yg gagal, sebulan setiap satunya, selepas peperiksaan akhir. Justeru, 1 posting telah pun pasti akan saya ulang. Medicine.

Entah. Tak tahu mahu diceritakan apa. Mahu diceritakan bagaimana. Yang berlalu biarkan berlalu. Mahu meminjam kata-kata seorang teman ketika memberitahu keputusan saya, "Allah menjanjikan yang lebih baik". Terima kasih (sekadar tepukan di bahu itu saja sudah lebih dari mencukupi). Benar. Hanya Dia lebih mengetahui. Siapa kita untuk mempertikaikan.

Saya redha.

Juga, salam Aidiladha buat semua. Saya tidak pulang beraya. Cuti hanya sehari. Sekadar beraya di hospital. Dikelilingi buku-buku. Walau sudah hampir 5 bulan 'bersara' dari bergelar anak perantauan, masih juga tidak mampu untuk pulang beraya ke rumah sendiri.

(Senyum). Takpe..

Sekali lagi. Salam Aidiladha buat semua kaum muslimin muslimat. Ketemu lagi di lain waktu.


(Salam Aidiladha.)

November 14, 2010

Dicari, Tiada.

Duduk.
Dengar.
Lihat.
Termangu.
Beku. Kaku.
Dicari, tiada.

Berdiri.
Dengar lagi.
Lihat lagi.
Mengenang kembali.
Masih, beku.
Masih, kaku.
Dicari, tiada.

Ada kesal.
Terus, terkilan. Luka.
Tapi itulah.
Dicari, tiada.

Biarlah.
Sudah berlalu.
Untuk apa tahu?
Yang terluka, telan.
Yang terkilan, biarkan.
Lupa? Hati, terpaksa rasa.
Memang begitu.
Dicari, tiada.

NSS
00:03 Nov 15, 2010
Kuala Lumpur.

October 11, 2010

Yang Sudah Ditempuh.

Assalamualaikum..
Sekian lama saya menyepi. Membiarkan 'Ilham Bahagia' saya sendirian lebih 3 bulan rasanya. Terlalu banyak kekangannya. Juga 'dijangkiti' penyakit "Biarin. Nanti kapan-kapan juga bisa menulis. Ada urusan lain yang harus dikerjain." Maaflah. Benar-benar kesempitan ruang dan waktu.

Sekadar gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang 3 bulan yang sudah ditempuh. Terlalu banyak yang berlaku. Menempuh posting 'Medicine' pastinya mencuri bukan sekadar ruang untuk berkarya, juga tenaga dan masa berehat, masa bersantai juga masa untuk tenang memerhati apa jua yang berlaku di sekeliling dan mencurahkan dalam bentuk tulisan.


(Intervention Program sebagai assignment utama juga kemuncak posting 'Medicine & Society'.)


(Hari terakhir meninggalkan Tanjung Karang setelah tamat 2 bulan posting.)


(Posting kedua iaitu 'Medicine' di HUKM. Bermulanya dunia klinikal yang mencabar.)


(Kebetulan bertemu teman lama ketika di SESERI.)


(Aidilfitri 1431H di Jerantut, Pahang.)


(Sempat ke KL Bird Park ditemani yang tercinta. Terima kasih daun keladi ye.)


(Menyertai Explorace sempena Program Cintai Alam Sekitar 2010 dan rezeki kami menjadi juara. Alhamdulillah. Really enjoyed it.)

Ada beberapa lagi gambar yang mahu diabadikan tetapi rasanya cukuplah. Akan menulis lagi di lain waktu.
Semoga ketemu lagi.

July 3, 2010

Masih Ada..

Assalamualaikum..

Ada cerita yang saya ingin kongsikan. Ttg kebaikan jiwa. Ttg kemurnian hati. Nilai2 yang sgt payah untuk ditemukan pada mana2 manusia tidak kiralah yang dewasa atau muda, berpangkat tinggi atau rendah, yang miskin atau kaya, berketurunan mulia atau hina. Nilai itu terlalu sukar untuk ditemukan apatah lagi di kota Kuala Lumpur ini. Mungkin ada tapi seringnya tiada..

Namun, adakalanya Allah mahu kita belajar sesuatu. Mentarbiyyah diri dari peristiwa2 yang bisa meninggalkan kesan. Memberi pengajaran.

Semalam saya bertemu kakak yang kebetulan ada program di Kuala Lumpur sekembalinya saya dari Tanjung Karang (hujung minggu saya punya kelas di HUKM justeru harus berulang-alik). Dijemput kakak dgn teksi di perkarangan HUKM. Bermalam di hotel dgn kakak dan anak buah yang semakin petah berbicara menyenangkan hati dan mengusir lelah belajar.

Dan pagi tadi, kami dikejutkan dgn kedatangan pemandu teksi semalam di depan pintu bilik hotel. Seorang lelaki pertengahan umur (berdasarkan uban beliau yang memutih di kepala). Beliau bertanya ttg dompet saya. Terpana sebentar. Pelik dgn soalan beliau kerana seingat saya mmg dompet saya itu ada dalam beg sandang saya. Dan saya sgt yakin ada di dlm beg. Dan tiba2 pakcik itu mengeluarkan dompet saya dari kocek seluar beliau. Terasa pucat muka saya waktu itu. Sah! Tertinggal dalam teksi!

Dan pakcik itu memberitahu semalam beliau ada dtg ke bilik hotel bertujuan memulangkan dompet saya itu tetapi tidak berjawab. Beliau igt kami sudah membuat laporan polis. Justeru beliau dtg lagi pagi ini untuk memulangkan dompet saya. Tak tahu nk gambarkan apa yg saya rasa waktu itu. Betapa baiknya manusia bergelar pakcik teksi ini. Dan saya terus menumpang pakcik itu ke HUKM kerana ada kelas.

Di dalam kereta, pakcik itu menegur saya ttg kecuaian saya. Katanya penumpang selepas kami yang memulangkan kepada beliau. Saya hanya diam. Bersyukur. Mungkin ada hikmahnya duit elaun MARA saya tak masuk2 lagi. Kerana saya rasa itu mungkin salah satu sebab di mana tak banyak duit di dalam dompet saya yang bisa memungkinkan org lain utk mencuri.

Sebelum ini di Bandung juga saya pernah mengalami situasi yang sama. Tertinggal dompet dan phone di pusat membeli belah. Yang menyebabkan nama saya di‘announce’ supaya dtg ke kaunter. Yang mana dompet saya itu dijumpai oleh salah seorang pelanggan. Dan pelanggan itu sudah tiada ketika saya tiba di kaunter. Betapa baiknya beliau kerana kalau org lain yg mengharapkan balasan atau mungkin pujian, pasti akan menunggu.

Justeru, saya membuat kesimpulan. Dalam dunia globalisasi sekarang, yang mana binatang bertopengkan manusia lebih ramai, MASIH ADA manusia berjiwa besar. Yang tak mengharapkan balasan untuk kebaikan yg dilakukan. Yang jujur dan bertanggungjawab menolong sesama manusia. Dan sepanjang kepulangan saya ke Malaysia, dalam banyak2 teksi yang saya naiki, hanya pemandu teksi berbangsa Melayu yang tidak pernah berkira. Wang tambang yang dihulurkan selalunya tidak pernah diambil tepat2. Akan dibundarkan ke jumlah yang jauh lebih kurang. Pemandu2 berbangsa lain tidak (kekerapan menaiki teksi sejak pulang ke Malaysia menyebabkan saya sudah bertemu pemandu teksi dari ketiga-tiga bangsa iaitu Melayu, Cina, dan India). Meter yang tertera selalunya akan dibundarkan ke jumlah lebih tinggi dan harus dibayar tepat jumlahnya.

Bila mengenangkan betapa banyaknya kad2 penting dalam dompet saya itu, membuatkan saya sgt2 bersyukur. Serik utk cuai lagi. Kad pengenalan, lesen memandu, kad2 bank, kad2 pelajar, semuanya saya letak di dalam dompet. Dalam hati saya berdoa, semoga dalam arus kemodenan yang mana manusia makin hilang sifat manusiawi serta tinggi sifat ‘kehaiwanan’ dalam diri, MASIH ADA manusia2 berhati mulia, berjiwa besar. Dan moga2 saya juga tergolong dalam golongan itu. InsyaAllah.

June 29, 2010

Bila Hanya Hujan Yang Sudi..

Pernah berhadapan dgn sesuatu yang tak mungkin jadi kenyataan? Pernah berhadapan dgn sesuatu yang kalian tak pasti? Dan akhirnya kecewa sebab yang diharapkan tak kesampaian? Ada luka-luka yang tercipta bukan?

Dan kalian masih igt ttg post saya sebelum ini? Tentang matahari, hujan dan pelangi. Dan betapa saya berharap MATAHARI akan menjengah saya. Dan betapa saya juga berharap PELANGI juga akan mencari saya setelah HUJAN. Tapi harapan itu cuma sia-sia. Tak pernah kesampaian pun. Tak pernah menjadi kenyataan pun. Lantas, luka-luka itu lebih dalam bukan?

Lalu hati sekadar membiarkan. Biarin. Pasti bisa sembuh sndiri. Masakan bisa? Pernah dgr kata pujangga, “Luka yang tercipta itu, penawarnya ada pada yang melukakan”. Justeru, kenapa dibiarkan?

Lalu kenapa membenarkan hati utk berharap? Jangankan PELANGI. Jangankan MATAHARI. HUJAN juga pada dasarnya sudah tidak sudi hadir. Kalau hadir pun, diiringi GURUH dan KILAT yang memekakkan telinga. Yang menusuk kalbu.

Lalu saya membuat kesimpulan. Jangan mengimpikan PELANGI. Jangan mengharapkan MATAHARI. HUJAN saja sudah mencukupi. Walaupun akan kebasahan, biarkan. Walaupun akan kedemaman, biarkan. Sekurang2nya masih ada yang sudi. Masih ada yang mencari. Dan memang benar. Hati ini sudah lama berhenti mengharap..



*** Tak faham? Tak perlu faham..hanya 'merapu' di malam hari..tiada kaitan..