June 20, 2011

365 days - C'est la vie



There was a part of me today, when they looked and recognized me, then ask, “What are you doing here?”; it feels like a storm in my chest.

There was a part of me today, when they looked and quickly turned away, but they didn’t ask anything, it feels like a huge hurricane in my heart.

There was a part of me today, when I hold a newly born twin and one of them slept peacefully in my arm; it feels like an autumn breeze inside of me.

There was a part of me today, where I tried my very best to put up a big smile, which I feel very hard to keep it that way for the rest of the day.

There was a part of me today, where I wish I could walk away.

There was a part of me today, where I wish I could turn away..

June 12, 2011

Mencari Bahagia.

Assalamualaikum.

Minggu lalu, hampir 2 minggu membawa diri ke Terengganu. Cuti yang panjang bagi saya. Diberi ujian olehNya. Berat. Yang buat hati walang. Yang buat air mata sentiasa bergenang. Lalu membawa diri ke Terengganu. Mahu mencari erti. Mahu kekuatan diberi. Mahu redha hadir dalam hati. Walau pandangan ini sering berkaca-kaca ke mana-mana. Walau apa yang ditelan itu tak terasa apa-apa.

Mahu mencari bahagia dari keluarga,
Yang memberi erti segala-galanya.

Mahu meminta secebis kasih dari kakak dan Irfan,
Yang sentiasa di sisi. Yang setia mendengar. Yang sudi menerima. Yang memberi bahagia. Sedikit sebanyak terubat. Mungkin lebih. Untuk bahu yang dipinjam sewaktu ‘embun jernih’ itu mengalir tanpa henti. Untuk tangan yang menyuap tatkala tangan sendiri yang entah kenapa terasa berat.

Buat teman-teman,
Yang sentiasa menyokong. Yang mengambil berat. Yang memahami. Yang mencari. Lama mengenali kalian. Kadang-kadang yang tak tersangka itulah teman. Dunia akhirat. Yang disangka, jauh panggang dari api. Apa-apa pun terima kasih.

Dan minggu ini ke Terengganu lagi. Biarlah. Tenang saya di sini. Walaupun 2 minggu sudah, pantai yang sentiasa saya sukai, tak terasa damainya. Laut yang sentiasa saya cari, tak terasa indahnya. Hati saya hanyut. Biarlah. Memang sengaja dihanyutkan. Kata orang, “Bahagia itu dalam hati”. Lalu, hati saya? Turut hanyut membawa ‘bahagia’ saya. Mahu memohon hati baru. Tapi takut tak jumpa. Takut tak sama..

Teringat sebuah lagu. Lagu lama. Pernah menjadi Juara Lagu di TV3. “Menaruh Harapan”. Bait-baitnya saya suka.

Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buatku
Di hadapan menunggu..


MaraLiner Bus (KL - K. T'ganu)
Jun 12, 2011
07.13pm