July 28, 2011

324 days - Ramadhan yang dirindu..

Sudah menghampiri Ramadhan.
Bulan yang sentiasa ditunggu.
Sentiasa dialu-alu.
Sentiasa dirindu..

Terkadang terasa jauh dariNya.
Atau hakikatnya hati yang membiarkan diri begitu.

Lebih rela kenyang dari berlapar dahaga keranaNya.
Lebih senang turut bermimpi dari berjaga ketika alam sunyi.
Sering dihambat waktu. Melebihkan dunia. Terkadang lupa dan alpa.

Tapi tetap, mahu mencari malam seribu bulan.
Mahu mencari lebih keredhaan.
Mahu diberi lebih kekuatan.

Sudah belajar menerima ketentuan.
Moga umur dipanjangkan.
Moga dipermudahkan.

July 20, 2011

332 days - Sendiri..

Printer sudah bisa dipake (dipakai). Lega.

Sudah selesai semua specialist dan consultant ward round. Juga lega.

Assignment juga hampir selesai. InsyaAllah malam ini selesai sepenuhnya.

Menyentuh bayi baru lahir. Rutin setiap hari; penghapus lelah, pendamai jiwa.

Sudah tahu siapa bakal examiner utk short case. Ada sedikit bimbang. Takpe. Sudah biasa begitu.

Tapi tadi, ada kata-kata yang mengguris hati. Sekadar mampu tersenyum. Pahit, tapi gagahkan juga senyum. Yang pahit telan. Sudah tak terasa apa-apa.

Sejak kembali 'berjalan sendiri', segalanya juga sudah pandai 'telan sendiri'. Takpe. Allah ada..

July 16, 2011

336 days - Malam Nisfu Syaaban.

Diantara hadis yang paling masyhur ialah:

Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali."

(Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

July 13, 2011

339 days - Sentiasa milikNya.

Tadi. Dapat panggilan. Dari rumah. Berita pemergian bapa saudara. Innalillahi wa innailaihi raajiun. Semoga arwah tenang di sana.

Ini kali kedua menerima berita kematian. Utk tahun ini. Kedua-duanya kerana barah. Cancer. Hati. Dan perut. Lambat diketahui. Hanya tahu apabila sudah di terminal stage. Peringkat yang sudah tidak mampu diubat. Dan mereka pergi tak lama selepas didiagnosis.

Itulah. Tadi. Diberitahu mama ketika sedang menunggu Zuhur. Lama. Merenung sejadah.

Entah. Sering rasa kurang percaya. Bukan. Rasa tidak sangka. Mereka sihat sebelumnya. Tapi apabila penyakit itu diketahui, dgn cepat berat badan menyusut. Kemudian terus melemah. Hingga tiba saat mereka pergi. Dalam usia yang tak sampai setengah abad. Benarlah. Manusia hanya merancang, Dia menentukan. Kita, sentiasa milikNya. Sampai masa, bertemu Dia.

Dan cuti kelmarin, melihat nenek saya. Juga begitu. Makin melemah. Bukan kerana cancer. Tapi kesan jangka panjang selepas brain surgery. Akibat pendarahan dalam otak. Pada peringkat awal masih mampu mengenal saya. Masih mampu berkata-kata. Tapi sekarang, mengurus diri juga sudah tidak mampu.

Namun, saya punya atuk yang masih sihat. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang bukan? Diberi kesakitan kepada nenek tetapi diberi juga kesihatan kepada atuk. Melihat sendiri kasih atuk yang tanpa jemu menjaga nenek. Enggan berpisah. Tidak mahu berenggang. Melihat sendiri agungnya cinta atuk menahan sabar melayan kerenah nenek. Semuanya tersedia. Makan dihidang. Baju dilipat. Suntikan insulin juga atuk saya yang buat. Kagum. Terharu.


Lalu, saya tanam dalam hati. Kambus rapat-rapat. Mahu cinta semacam itu. Mahu kasih setulus itu. Mahu begitu. Moga begitu. Hingga kelak bertemu denganNya.

July 12, 2011

340 days - Frustrated.

Kelmarin. Beli printer baru.

Happy kejap. Tapi tak lama. Sebab tetibe dia asyik jammed. Kertas masuk tak smooth. Frust. Serious frust. Baru lagi beli kot. Dah jammed. Pe pasal tah.

Try byk kali tapi still sama. Dia kata tak blh print sbb paper jammed. Dah puas suluh tgk, tp takdak pape pun yg halang. Kertas blh je kua. Tp tak print. Dia kata error. (Tambah frust.)

So, nk ubt frust, td saya beli dua chocolate bar. Satu choc bar tu sama dgn harga nasi goreng ikan masin yang saya selalu beli utk dinner. Biarlah mahal pun. Tapi frust punye pasal saya beli jugak. Double frust.


Last2 kol ayah. Dia nak dtg Sabtu ni. Nk tgk2 kan. And nak bwk g low yatt smula. Cakap kat org kedai tu suh btulkan smula..

Lagi satu frust. Blog lama di friendster sudah tiada. Friendster sudah berwajah baru. Sedih pun ada. Last2 tgk dah takde. Friendster dah pnuh dgn game sbb nk ikut facebook. Triple frust. Byk kngn blog lama tu.

Motif 1: Frust sjk smlm.

Motif 2: Serabut. Byk keje tak habis lagi tapi ada je problem lain.

Motif 3: Menyesal dh membazirkan duit. Huhu.

July 3, 2011

349 days - I miss him.


Me: “Come. Tell me what color is this fruit?”
Him: “Where? Greeeeennn.”


Him: “How ‘bout this?”
Me: “Red my dear.”


Him: “Same with my shirt color la Along.”
Me: “Pandaaaaiii. He he he.”

He loves car. Very obsess with it. :)

And he likes horse too. Same with me.

And he likes TV too 'cause he understands what the story was about. See how focus he is? :)

My nephew. My sister’s son. 3 years old. I always call him ‘Adik’. But he always wants me to call him Irfan, his real name. And to talk to him is like therapy for me everytime I coming back from the hospital.

“Nak cakap ngan Along.” He called me that. Along.
Usually, I love to ask him, “Rindu Along tak?”
And he always gives me this answer, “Dok (Tak). Sexy Along.”

He he he. Actually he confused. He knows the word meaning but don’t know when to use it. For him, sexy equal to love you or miss you. But sexy is much better. Ha ha ha. Actually there was an incident that made him to use that word but I don’t want to tell what the story was about. :P

But then yesterday, he asked me first. “Along, rindu Irfan dok?” I answered, “Rindu. Irfan rindu Along dok?” And he answered, “Rindu.” Wow ! He he he. It is not so often to hear that. Tulus je dgr. Serious terharu. Oh, I miss him a lot. :)

July 2, 2011

350 days - Not everybody created equal.


“Berdamailah dgn takdir.”
“Berbaik sangkalah dgn Dia.”
It gets easier. It really is. Thank you. Time is a great healer, doesn’t it?

“Don’t count. Just let it pass by.”
But still. I’ve been counting. It is what I always do.

“Tell me.”
No. I can’t do that. That is not me. I’m me. It is not easy to get to know me. Ask them. And I showed it to you too. Most of the time.

” Who am I, to you?”
Please. Don’t do that. Don't ask that question. You’ll make the wall higher. Thicker.

If I’m the old me, I will push people away.
Because, an old me, throwing people away isn’t the least bit difficult.

But now, I am me. I didn’t push away every people that came into my life. I do let them in. Eventually. Occasionally.
Time, changed me..
People, changed me..
But still. Not everybody created equal. Isn't it?