October 31, 2011

229 days - Nostalgic II..

Masih dalam mode melihat gambar-gambar lama.

Well, spot the difference !

2 days old.

2 weeks old.

1 month old.

Probably 2 or 3 months old.

8 months old.

2 years old.

Probably 3 years old.

Probably 5 years old already. Taken during our first long family trip to the whole Semenanjung.


By the way, can you spot the difference?

Permata hati ayah bonda. :)

October 30, 2011

230 days - Nostalgic.

Waktu pulang kelmarin. Saya menggeledah. Mahu mencari sesuatu. Nota kecil sewaktu masih kecil. Penting kerana sentimental value nya. Lalu, saya menggeledah bilik bacaan di rumah.


Daripada begini.

Jadilah begini.

Hampa. Tak jumpa. Mungkin hilang sewaktu berpindah rumah hampir 2 tahun lalu. Tapi benda lain yang saya jumpa. Saya jumpa ini.


My little brother? In 1970s?

Rupa-rupanya gambar lama ayah semasa di Tingkatan 3. Di barisan belakang, 2 dari kiri. Lalu, apalagi. Bermulalah penggeledahan saya yang kedua yang turut disertai oleh mama dan adik bongsu saya. Dan kami akan mencari ayah dalam gambar-gambar lama tersebut. Selalunya mudah untuk dicam kerana saling tak tumpah adik lelaki saya yang kedua.


Ayah di sekolah rendah. (Barisan tengah 5 dari kanan).

Zaman muda-muda.

Masa kini. (Tiada uban kerana telah di'touch-up' oleh orang kedai).


Masih menyelerakkan barang-barang lalu terjumpa lagi gambar lama. Gambar kami adik-beradik.

Adik bongsu saya. :)

Bila meragam. lol

Achik dan Adik. (2 dari kiri dan yang paling kanan).

Alang.

Angah dan Along. (Saya yang di hadapan).

Sambil membelek gambar, mama bercerita. Adik yang kuat menangis. Achik yang nakal dan aktif. Alang yang manja dengan ayah. Angah dan Along? He he he. Rahsia. Saya, Angah dan Alang lebih banyak dirakam dalam gambar. Sementara Achik lebih banyak dalam bentuk video. Adik pula tidak banyak gambarnya.

Tapi itulah. Semalaman kami bertiga di bilik bacaan. Puas saya menggelakkan gambar adik-adik. Masih terbayang ragam dan nakal masing-masing. Manis bila mengenangkan. Melihat jalan-jalan yang jauh ditinggalkan. Mengutip sisa-sisa kenangan yang masih di ingatan. Walaupun tidak mungkin zaman itu akan dilalui semula..