November 26, 2011

205 days - Salam Awal Muharram 1433H.

"Ya Tuhan kami, terimalah (amal) dari kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui."

(Ayat 127 : Surah Al-Baqarah)

November 25, 2011

204 days - Pangkor Island II.

Dari jeti, bertolak ke tempat penginapan.
Pemandangan sepanjang perjalanan..

Tiba di Suria Beach Resort, Pangkor. First activity, lunch.

Diikuti dengan aktiviti-aktiviti lainnya.

Sambil berprogram, makan angin.

Hari terakhir meningggalkan Pangkor.

Membeli belah makanan kering laut dalam perjalanan pulang.


Beberapa aktiviti tak sempat dirakam oleh kamera peribadi. Banyak yang dilalui. Banyak yang dialami. Dikerumuni ikan-ikan kecil dan besar sewaktu snorkeling (membawa gumpalan roti justeru, ikan-ikan memang mencari). Banana boat yang tidak mencabar (diterbalikkan di kawasan cetek justeru adrenaline rush tidak berlaku). Meredah hutan di waktu tengah malam. Satu pencapaian sebab sangat fobia dengan gelap apabila berseorangan (sangat bangga dengan diri sendiri kerana berjaya melepasinya tanpa 'cedera' di mana-mana). Dan macam-macam lagi.

Apa pun, ia pengalaman yang tak ternilai. Dan tujuan utama untuk menghuraikan 'kekusutan' dan 'keserabutan' dalam diri juga sedikit sebanyak tercapai.

November 23, 2011

206 days - Pangkor Island I.

Hujung minggu yang lalu, mengikuti program ke Pulau Pangkor selama 4 hari 3 malam. Mengambil peluang masa yang ada, walaupun sebenarnya banyak lagi perkara yang belum selesai. Lari sebentar dari 'keserabutan' kota. Tambahan pula tiada bayaran yang dikenakan. Sebenarnya program ini adalah program Biro Tata Negara (BTN). Cuma, peraturannya dilonggarkan. Perjalanan programnya lebih santai. Tidak terikat atau dikejar dengan masa. Tiada marah-marah, tiada denda.

Makanannya mewah. Sedap. Serius saya katakan, makanan yang dimasak hampir sama level sedapnya dengan masakan bonda. 6 kali hidangan dalam sehari. Habis satu slot, makan. Hinggakan saya dan rakan-rakan setiap kali hampir habis satu slot, cuma satu soalan yang singgah di kepala, "Lepas ni menu apa?". Makanlah apa saja. Biliknya luas. Ada air panas dalam bilik air, ada TV, berhawa dingin, katilnya seorang satu. Sangat selesa. Pengisian programnya ada malah cukup bagi saya. Pokoknya, inilah satu-satunya program BTN yang paling santai pernah saya sertai.

Sebelum bertolak.

Tiba di Lumut.

Terminal Jeti di Lumut sebelum menaiki ferry ke Teluk Nipah, Pangkor.

Here we go, Pangkor Island !

Tiba di Jeti Pangkor.

To be continued....

November 12, 2011

217 days - Explorace PCAS 2011.

Sudah 2 tahun berturut-turut menyertai program ini. Tahun lepas siapa sangka menyandang johan. Cuma tahun ini rezeki tidak menyebelahi. Namun, tetap punya makna yang tersendiri. Tahniah kepada jawatankuasa yang terlibat.

Our group: White Birds.

During explorace.

PCAS booths.

After closing ceremony.

November 7, 2011

222 days - Anak Kecil.

Dia, anak kecil itu mendirikan solat. Bacaannya dikuatkan agar saya disisinya boleh mendengar. Agar boleh diperbetulkan. Lancar bacaannya walaupun dia masih baru dengan rutin solat itu. Usai solat, saya lihat, tanpa kekok dia menadah tangan, berdu'a. Saya diterpa perasaan ingin tahu kerana apa yang didu'a oleh anak kecil sementah itu? Dengan tidak sabar dan tanpa menunggu dia sudah, saya bertanya, "Doa apa?". Pantas dia menoleh, "Haish. Mana boleh bagitahu. Rahsia.". Saya terkedu. Anak kecil itu sudah kenal erti du'a. Dan dia meneruskan du'anya yang terganggu tadi. Lalu saya tunggu dia sampai sudah. Selang beberapa lama, saya tanya lagi, "Doa apa tadi?". Dia pandang saya lalu menjawab, "Doa untuk arwah ayah, untuk wan (nenek) supaya cepat baik, dengan doa ibu bapa." Polos jawapannya.

...............................................................................................

Anak kecil itu sudah usai solat Maghribnya. Agak kelewatan kerana bermusafir (jauh perjalanan ke kampung halaman). Lalu, saya ajak dia makan sedikit lauk yang sedia ada sementelah perjalanan yang panjang tadi pastinya membuatkan perut terasa lapar. Dia menolak seraya bertanya, "Kalau kita ambil air sembahyang padahal kita masih belum batal air sembahyang, kita akan dapat 10 kebaikan kan?". Saya mengangguk. Masih tidak faham. Lalu disambung lagi, "Kalau macam tu tak nak lah makan. Nak jaga air sembahyang tadi dan nak ambil air sembahyang lagi untuk solat Isyak." Sekali lagi anak kecil itu membuatkan saya terkedu.

...............................................................................................

Saya tepuk perlahan pipi anak kecil itu. Lena tidurnya. "Bangun, solat Subuh." Dia membuka mata lalu menjawab, "Haqiem tak reti solat Subuh." Hairan kerana dia tidak tinggal solatnya yang lain walaupun perlu diingatkan setiap kali masuk waktu. Lalu saya bertanya, "Kenapa?". Dengan nada sedih dia menjawab, "Haqiem tak hafal doa Qunut". Saya ketawa. Anak sekecil itu, apalah yang dia tahu.

...............................................................................................

Anak kecil itu, Mohd. Rizlan Nur Haqiem, baru sahaja berusia 7 tahun. Sepupu saya. Kematian ayahnya sewaktu belum pun mencapai usia setahun. Arwah ayahnya adalah ayah saudara saya iaitu adik kepada bonda. Dipelihara oleh ibu saudara saya kerana ibunya tidak berkemampuan.

Di kampung, kami adik-beradik dan sepupu-sepupu selalunya tidur dimana-mana ruangan kerana rumah atuk lebih luas ruangannya dari bilik. Saya dan kembar adalah cucu atuk yang paling tua sementara yang lain-lainnya masih kecil. Awal-awal lagi anak kecil ini sudah memberitahu saya dan kembar, mahu tidur dengan kami malam raya itu. Sebelum lena, anak kecil itu berkata kepada saya, "Kak Long, dengar ya." Lalu dia mengucap dan membaca du'a tidur dengan lancar sebelum lena. Saya yang mendengar sekadar tersenyum. Belas, kerana walau masih punya ibu, dia beraya tanpa kedua-duanya.

...............................................................................................

Moral 1: Anak sekecil itu sudah tahu mendirikan solat, kenal erti du'a dan menjaga wudhuknya dengan sempurna. Sepatutnya kita yang sudah dewasa ini lebih-lebih lagi.

Moral 2: Saya melihat bagaimana dia mengambil wudhuk, solat dan berdu'a. Terasa rendah diri kerana yang sunat juga anak kecil itu titik-beratkan.

Salam AidilAdha buat semua.