March 9, 2012

Kembara Yang Panjang.

Alhamdulillah. Selamat tiba di rumah. InsyaAllah akan bercuti panjang selama 2 bulan sebelum naik semester baru. Cuti paling lama sepanjang bergelar pelajar perubatan. Syukur. Tak terkira. Tak terhingga. Kerana Dia masih sayangkan saya. Masih mengabulkan doa saya. Masih ingat saya. Walaupun saya sering lalai dan lupa mengingati Dia. 

Sudah lama tidak menulis panjang. Hanya nota-nota kecil yang dititipkan. Lebih banyak mengabadikan pengalaman itu dalam bentuk gambar berbanding tulisan. Senang begitu. Manusia gemar membuat andaian bukan? Kata-kata selalunya disalah ertikan. Perbuatan seringnya disalah tafsirkan. Justeru, lebih senang tanpa kata-kata.

Bila tidak berkata-kata, manusia sering menganggap tidak tahu. Bukan tidak tahu, tapi malas mengambil tahu. Biarlah mereka dengan andaian mereka. Suka sebenarnya melihat manusia yang sebegitu. Penuh dengan andaian dan tafsiran. Lantas belajar untuk tidak ambil tahu. Tidak ambil pusing. Tutup telinga. Tutup mata. Sendiri itu lebih indah. 

Dan itu membuatkan diri lebih banyak berfikir. Siapa sebenarnya lawan dan siapa teman. Siapa yang sekadar di mulut tapi tidak di hati. Siapa yang setia di sisi dan siapa yang tidak peduli. Siapa yang hanya di luar tapi tidak di dalam. Dan paling penting, siapa yang memahami dan siapa yang mengeji. Kerana itu hati menjadi terlalu memilih. Hanya yang tertentu yang sering dicari. Diberitahu. Dikongsi. Yang lain selalunya saya tidak peduli. Yang bertanya hanya kerana curiosity atau courtesy (mungkin?). Bukan sincerity. Kerana memberitahu mereka yang lain itu tidak melapangkan, meringankan apatah lagi menenangkan.

Jahat ke begitu? Mengatakan mereka berandaian, tapi saya juga begitu. (Senyum). Biarlah. Ini kehidupan saya. Laluan saya. Perjalanan saya. Kembara saya.Tapi saya tahu saya punya dia, dan dia, dan dia, dan dia. Bukan mereka. Tak ramai. Tapi cukuplah buat saya. Dan paling penting, saya punya Dia.

Dan pulangnya saya kali ini dari kembara yang amat panjang itu. Terlalu. Membilang hari mengira waktu. Menuntut kekuatan jiwa yang bukan sedikit. Kebesaran hati. Lapang dada. Redha. Yang terakhir itu sangat payah. Kerana saya juga manusia biasa. Tidak terlepas dari kekalutan jiwa. Dukacita hati. Lama bergelut, mencari jalan keluar dari rasa dukacita itu. Terkadang sunyi dalam riuh. Sendiri dalam ramai. Tangis dalam tawa. Dan semuanya harus ditelan sendiri. It's not hard. It's just unbearable.

Lalu tadi saya menonton petikan video kuliah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin. Tentang hakikat dukacita.
Antara perkara yang Allah boleh campakkan ke dalam hidup insan adalah dukacita. Allah boleh mendatangkan kesedihan dalam diri insan tanpa mengira siapa insan itu. Kadang-kadang dia orang besar. Kadang-kadang dia orang kecil. Kadang-kadang dia rakyat jelata. Kadang-kadang dia raja. Kadang-kadang kesedihan boleh datang kepada insan dan dia pun tak tahu kenapa dia bersedih.

Lalu dia mencari jalan bagaimana dia nak keluar dari dukacita dalam kehidupan. Ramai orang mencari, menemui Allah ketika dia sedih. Dan tak ramai orang yang mencari Allah ketika dia gembira. Walaupun kita tak disuruh mencari sedih, tapi dukacita sering berjaya membawa kita berjumpa Allah. 

Untuk membolehkan insan dekat dengan Allah, dia memerlukan hati dan jiwa yang dekat dengan Allah. Kadang-kadang banyak perkara yang tidak dapat membawa insan itu dekat dengan Allah. Tetapi kesedihan dapat membawa insan itu dekat dengan Allah. Bila dia sedih, dia khusyuk.

Dan Allah akan sentiasa menimpakan dukacita kepada insan dari masa ke semasa. Dukacita kecil dan dukacita besar. Supaya dia kembali kepada Allah.
 Hakikat Dukacita
- Dr. Mohd Asri Zainal Abidin -

Lalu saya simpulkan. Allah masih sayang kan saya. Allah mahu saya dekat dengan Dia. Kerana itu Dia menguji saya dengan kesedihan yang panjang. Panjang kerana sampai sekarang terkadang terlintas rasa ralat. Tapi Allah itu Maha Kaya. Maha Mengetahui. Because behind every challenge, lies a blessing. Dan hati saya benar-benar lapang.

Tanjung Karang, Selangor.


March 8, 2012

102 days - After The Result

 # Today - Old Town White Coffee & Tutti Frutti






Alhamdulillah. 
Dia Maha Mengetahui.

March 7, 2012

103 days - Before The Result.

# Day 1 - Wangsa Walk



# Tutti Frutti

# Thing for myself

# Day 2 - Hostel

# Korean drama marathon

# DIY-pudding

# Day 3 - Kamal Bookstore & Berjaya Times Square


# Voucher turn into books


 # Lunch at Vivo (while reading The Tipping Point)

# Shopping like crazy