Sedang posting paediatrics. Posting anak-anak. 2 minggu pertama di NICU, HUKM, 1 minggu di Hospital Kajang, 4 minggu di HKL dan minggu terakhir di HUKM semula. Nak kata busy sangat, tidak. Cuma maintain busy (eh?). Time seems to be in the 'fast mode' (is it?).
Minggu ini di Kajang. Bertemu mereka. Taare zameen par itu. 'Many-many' little stars. Setiap kali memandang anak-anak itu, ia memenuhi jiwa. Ada yang tanpa ditegur pun, sudah 'sedekah' senyum dulu (senyum). Dan menjadi tabiat, setiap kali menegur mereka, akan lekatkan sticker. Kebetulan punya banyak sticker (tukar dengan tiket yang selalu dapat bila main arcade game sewaktu di Bandung.) Walaupun sudahnya anak-anak itu akan 'stick' kan balik sticker tu kat tangan saya sampai penuh (malah hujung jari-jari saya juga jadi tempat lukis 'muka-muka kecil'). Ah, namanya juga anak-anak. Kalau sudah percaya, sangat mudah mesra.
Dan tadi, ada 2 taare zameen par itu. Si adik setahun 7 bulan. Warded bersama abangnya yang berusia 5 tahun. Aktif dan sangat suka senyum (sangat la comel sebab nampak gigi atas dan bawah yang baru mahu tumbuh). Ada dua kejadian sebenarnya yang buat hati terpaku (eh? haha). Apabila si abang yang biasa dipanggil sebagai abang dengan orang lain tetapi dengan saya menggunakan namanya yang sebenar. Syukri, tapi jadi 'cuki'. Sepanjang melayan anak itu, dia membahasakan diri sebegitu. Tak faham sebab pada mulanya dia membahasakan diri sebagai abang. Kebetulan ibunya di situ, mungkin melihat muka saya yang kurang faham itu, lalu diterangkan itu panggilan anak itu untuk dirinya. Cuma mampu tersenyum. Beriya anak itu bercerita sambil melukis di tapak tangan saya tapi tak faham. Haish. Kena asah lagi pemahaman 'bahasa anak-anak'. Hahaha.
Dan tadi si adik itu. Sewaktu sedang bermain, tiba-tiba ditariknya tangan saya yang berhampiran. Terpinga-pinga. Tapi turutkan saja kerana ditarik oleh tangan comel anak sekecil itu terasa sangat la bahagia dalam hati (haha over). Lalu dibawa ke 'tempat kejadian' (tak la jauh mana) untuk menunjukkan sesuatu. Rupa-rupanya barang mainannya diambil si abang (berharap saya akan mengambil semula bagi pihaknya). Buat suspend je (senyum sorang2).
Tapi itulah. Tak tahu kenapa rasa sangat selesa dikelilingi anak-anak itu. Hilang semua masalah.
Sebenarnya rindu anak yang ini. By the time balik rumah, mesti dah boleh merangkak ke sana ke mari and dah start pandai bertatih. Miss her a lot. Tambah-tambah dikelilingi anak-anak kecil itu, lagilah terasa nak balik rumah.
Hopefully kekal kuat menghadapi hari-hari mendatang.