January 30, 2011

Yang Menguji.

Saya tak boleh tidur...

Mata tak mahu lelap.

Mahu membaca. Tiada mood.

Mahu menulis. Tiada ilham. Tiada isu. Selalunya saya menulis andai punya cerita. Bercerita pengalaman.

Yang baik, ambil. Yang buruk, simpan. Kadang buang.

Yang manis, ingat. Yang pahit, lupa. Kadang, ingat juga.

Sudah masuk posting baru. O & G. Bidang sakit puan. Sambut baby lahir. Tgk org bersalin. Sibuk. Sgt. Penat. Sgt.

Dan pengalaman melihat proses kelahiran itu sgt2 menguji. Mahu luruh jantung. Mahu gugur air mata. Mahu terputus nafas. Setiap kali si ibu mengerang saat kontraksi. Perit. Sakit. Sampai saya jadi takut. Takut mengalaminya sendiri bila tiba waktunya.

Namun, yang manisnya, melihat senyuman sang ibu. Mendengar tangisan si anak kecil itu. Ada bahagia. Ya. Bahagia. Hingga lupa sakit yang teramat tadi.

Walau berdepan dengan midwife yang garang. Tegas. Namun, saya melihat proses kelahiran itu dgn penuh rasa kesedaran. Rasa syukur. Bercampur baur.

Titik. Sudah hilang ilham. Ayuh mata. Pejamlah!

(Batu Feringgi, Pulau Pinang)

January 16, 2011

Bercerita Pada Kalian.

Assalamualaikum..

Sudah pun berakhir cuti mid sem saya. Sudah harus menempuh posting baru dan terakhir namun mencabar. Moga saya diberi kekuatan. Justeru, sebelum saya sibuk dihambat waktu, terasa ingin menulis sepuas-puasnya. Tentang event2 yang berlaku. Tentang apa yang dirasa.

.....................................................................................

CUTI.

Cuti saya kali ini banyak dihabiskan di rumah.

Menemani mama.
Ke sekolah, menghias bilik darjah. Mama pindah sekolah baru. Sementelah baru naik sekolah, jadi harus mengemas apa yang patut, memasang langsir baru, memasang skirting meja dan sebagainya.
Ke pasar. Saya sudah pindah rumah baru. Jadi emporium nya juga sudah berubah. Adik bongsu saya je yang tahu letak barang di mana. Sebut saja barang apa, terus ke rak nya saya dibawa. (Senyum)

(Di sekolah mama)

Juga menemani adik bongsu saya.
Mendengar bacaan al-Quran nya yang mana betul mana salah. Menolong (jawabkan sekali) kerja sekolah nya. Menonton movie (di laptop). Cerita Alice in Wonderland. Pada mulanya saya mengajak menonton Iron Man 2 (saya suka filem action) tapi adik saya mahu juga Alice. Dan bersedialah akan ada ‘soalan-soalan’ selepas movie.

“Kenapa caterpillar tu color blue?” Saya jawab, “Sebab dia nak jadi butterfly color blue kot”.
“Apa jadi pada Absolem?” Saya jawab, “Jadi butterfly lah”.
“Habis tu apa jadi pada Hatter ngan yang lain2 tu?” Saya jawab lagi, “Entah. Dia duduk je kot kat dalam lubang arnab tu.”
“Along ni !”

Saya juga yang salah. :) Saja. Mengusik. Melayan. Bukan selalu saya ada di rumah.

.....................................................................................

NOTABUKU.

Semenjak saya punya biasiswa sendiri, jarang sekali saya meminta apa-apa dari mama. Sudah dewasa, jadi apa2 saya selesaikan sendiri. Kerana saya satu-satunya yang punya biasiswa sendiri. Ada 4 orang lagi adik di bawah saya yang ditanggung sepenuhnya oleh mama dan ayah. Seorang di UIA, bakal peguam. Seorang di Segi College. Seorang di SAMURA, bakal menduduki SPM. Seorang lagi baru naik tingkatan 1. Justeru, kalau mahu meminta sesuatu, hati itu terasa berat. Walaupun tahu, kalau saya meminta, jarang permintaan saya dikecewakan.

Sebenarnya sudah lama saya mengidam notabuku yang lebih kecil. Mudah untuk saya bawa ke mana2. Yang baterinya juga bisa bertahan lama. Sudah jenuh mengusung notabuku lama yang besar dan berat. Dan akhirnya, sewaktu pulang kelmarin, saya menyuarakan hasrat mahu notabuku yang lebih kecil. Dan alhamdulillah, hasrat saya sudah pun tertunai. Terima kasih mama.

(Purple pilihan hati :) )

.....................................................................................

COLLEGE DINNER.

Dan semalam saya menghadiri jamuan makan malam kolej. Memang grand. Mungkin tema merah putih itu menyebabkan suasananya tampak klasik tapi tetap elegan. Saya suka begitu. Tahniah kepada jawatankuasa yang terlibat.

(Mengikut tema, merah putih)

.....................................................................................

PENGHARGAAN BUAT SANG TEMAN

Dan hari ini, saya bertemu teman-teman lama sewaktu di matriks. Dulu, kami berlima. Namun yang tiada halangan bertemu hari ini cuma kami bertiga. Dijemput teman saya di kolej dan terus ke Sunway Pyramid. Ganas teman saya yang ini. Maksud saya bila memandu. :)

Semenjak tamat matriks, kami tidak pernah bertemu. Justeru, banyak kisah diluah. Banyak cerita dikongsi. Menggunakan masa yang ada semaksima mungkin. Entah bila lagi akan bertemu. Dan satu tentang saya, saya amat menghargai sesiapa yang bergelar teman-teman rapat saya. Dan andai tali persahabatan itu dijaga, saya akan menghargai mereka dengan setinggi2nya. Dan tidak semua akan saya layan begitu. Hanya yang saya sayang..

(Teman-teman)

.....................................................................................

Itulah. Saya, bercerita pada kalian. Mahu dikongsikan, bersama. Maaf, gambar tak dapat saya sertakan. Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan notabuku baru ini.
Semoga ketemu lagi.
Wassalam.