January 30, 2011

Yang Menguji.

Saya tak boleh tidur...

Mata tak mahu lelap.

Mahu membaca. Tiada mood.

Mahu menulis. Tiada ilham. Tiada isu. Selalunya saya menulis andai punya cerita. Bercerita pengalaman.

Yang baik, ambil. Yang buruk, simpan. Kadang buang.

Yang manis, ingat. Yang pahit, lupa. Kadang, ingat juga.

Sudah masuk posting baru. O & G. Bidang sakit puan. Sambut baby lahir. Tgk org bersalin. Sibuk. Sgt. Penat. Sgt.

Dan pengalaman melihat proses kelahiran itu sgt2 menguji. Mahu luruh jantung. Mahu gugur air mata. Mahu terputus nafas. Setiap kali si ibu mengerang saat kontraksi. Perit. Sakit. Sampai saya jadi takut. Takut mengalaminya sendiri bila tiba waktunya.

Namun, yang manisnya, melihat senyuman sang ibu. Mendengar tangisan si anak kecil itu. Ada bahagia. Ya. Bahagia. Hingga lupa sakit yang teramat tadi.

Walau berdepan dengan midwife yang garang. Tegas. Namun, saya melihat proses kelahiran itu dgn penuh rasa kesedaran. Rasa syukur. Bercampur baur.

Titik. Sudah hilang ilham. Ayuh mata. Pejamlah!

(Batu Feringgi, Pulau Pinang)

1 comment:

akak said...

pengalaman melahirkan secara normal sukar digambarkan dengan kata2..namun ia 1 anugerah bg tiap wanita...hargailah ibu anda...sentiasalah berterima kasih kpdnya krn sanggup memperjudikan hayatnya demi kelahiran anak tercinta..andai ditakdirkan tpksa buat pilihan ant nyawanya atau anaknya, pasti mana2 ibu di dunia ini akan minta agar hayatnye diberi kpd anaknya..wallahua'lam...