Hampa. Tak jumpa. Mungkin hilang sewaktu berpindah rumah hampir 2 tahun lalu. Tapi benda lain yang saya jumpa. Saya jumpa ini.
My little brother? In 1970s?
Rupa-rupanya gambar lama ayah semasa di Tingkatan 3. Di barisan belakang, 2 dari kiri. Lalu, apalagi. Bermulalah penggeledahan saya yang kedua yang turut disertai oleh mama dan adik bongsu saya. Dan kami akan mencari ayah dalam gambar-gambar lama tersebut. Selalunya mudah untuk dicam kerana saling tak tumpah adik lelaki saya yang kedua.

Masih menyelerakkan barang-barang lalu terjumpa lagi gambar lama. Gambar kami adik-beradik.
Sambil membelek gambar, mama bercerita. Adik yang kuat menangis. Achik yang nakal dan aktif. Alang yang manja dengan ayah. Angah dan Along? He he he. Rahsia. Saya, Angah dan Alang lebih banyak dirakam dalam gambar. Sementara Achik lebih banyak dalam bentuk video. Adik pula tidak banyak gambarnya.
Tapi itulah. Semalaman kami bertiga di bilik bacaan. Puas saya menggelakkan gambar adik-adik. Masih terbayang ragam dan nakal masing-masing. Manis bila mengenangkan. Melihat jalan-jalan yang jauh ditinggalkan. Mengutip sisa-sisa kenangan yang masih di ingatan. Walaupun tidak mungkin zaman itu akan dilalui semula..
5 comments:
are u sure, last picture tu ko yg kt dpn? cb tgk sluar. seluar hitam bunga merah tu ak la...ko kn biru..
ye ke? kita tsalah suar tak? haha. ak yg dpn le. cube tgk tul2. yg blakang tu ko. ce ko tgk gbr ayah yg ms dia form 3. sbijik syamil kan? unbelievable. hahaha.
byk la ko tslh sluar..:-P tu ak la..muka ak pjg.muka ko bulat..ce ko tny mama..
hahaha. a'ah la. tgk lelama rs ak yg blakang. hahaha. sengal.
betul3x.. muka syida pnjg ckit.. muka syud pula agak bulat.. hihi.. jgn marah naa ~~ peace ^-^
Post a Comment