October 14, 2012

Syukur.

Sebenarnya tadi ada idea mahu menulis. Sebab bangun awal - dingin pagi - Nes panas - leftover pizza malam tadi, ilham menulis tu datang lagi. Tapi sebab dah terbiasa multitasking, in between lipat - basuh (mesin yang basuh) - sidai baju - kemas apa yang patut, then duduk semula depan laptop, ilham tu  jadi hilang.

Cuma, tadi pagi terbaca ayat ini.


[55] 29-32 : Apa yang di langit dan di bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.  Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai (golongan) manusia dan jin ! Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Dia sibuk kerana Dia memberi perhatian sepenuhnya. Cantik kan ayat tu?

Kadang-kadang (atau sebenarnya selalu) terasa Dia melupakan. Sebab seringkali saya yang 'tertinggal'. 'Tertinggal' dari mereka-mereka. Lelah sebenarnya. Cuma dengan peredaran masa, rasanya sudah lali. Atau sudah tidak mahu peduli lagi. 

Tapi bila fikir semula, sudah lama tidak diuji dengan rasa sedih. Sebenarnya, kelmarin (yang entah bila punye kelmarin) ada terdetik, "Lama rasanya tidak lalu 'jalan bengkang bengkok'." 

Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Keluarga, belajar, cinta, sahabat, dan kewangan juga (sebab rasa banyak keluar duit tapi macam tak luak) semuanya tidak memberatkan apatah lagi menguji hati. Malah, syukur kerana banyak perkara yang terlerai dan banyak juga perkara yang terhubung.

Ujian itu peringatan dari Dia. Tanda Dia masih ingat walau Dia sibuk. Lalu, kenapa mengeluh? Bersyukurlah, bukan hanya sabar sebab syukur itu lebih tinggi makamnya dari sabar. Kan?

Serahkan saja pada Dia. Sebab Dia sebaik-baik tempat diserahkan urusan.

8.07 pagi
14.10.2012
KTDI


No comments: