June 25, 2010

Public Health Posting.

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, sudah 2 minggu saya memasuki first posting di tahun klinikal. Bererti sudah hampir 2 minggu saya di Tanjung Karang, Kuala Selangor ini. Menjalani praktikal di sini. Posting paling santai. 'Hawaii' posting bak kata2 senior. Kami perlu melakukan survey ke 2 buah kampung yang dipilih pihak universiti. Ada 2 buah kampung iaitu satu di Tanjung Karang dan satu lagi di Sabak Bernam. Saya termasuk dalam kumpulan yang di Sabak Bernam di mana perjalanannya hampir 1 jam dari kompleks penempatan kami. Well, of course ada bus yang disediakan. Buat permulaan, kami hanya diminta menyediakan proposal untuk intervention program yang akan dijalankan di minggu2 akhir posting. FYI, kami akan berada di sini selama 2 bulan.

Selain itu, kami juga ada assignment yang perlu dilaksanakan di mana kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil yang akan diagihkan sama ada ke hospital daerah, pejabat kesihatan daerah (PKD) atau Klinik Kesihatan/Desa (KK). Kami ditugaskan untuk bertanya apa2 juga tentang aktiviti, juga polisi, juga prosedur, yang berkaitan kesihatan masyarakat.

Saya ditugaskan di PKD. Justeru, banyak information yang saya dapat/tahu. Antaranya, saya sudah pun berkesempatan mengikuti pegawai kesihatan untuk mengukur kualiti air. Dan insyaAllah, akan ada peluang untuk kami melakukan aktiviti 'fogging' kalau2 ada kes denggi yang berlaku. Kami juga berkesempatan mengikuti Pegawai Kesihatan Daerah yang terpaksa menyita sebuah kantin sekolah kerana tidak mencapai piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku dan saya juga tidak tahu mahu memulakan dari mana. Justeru, cuma gambar2 yang dapat diabadikan. Well, a picture is worth a thousand words.









No comments: