July 3, 2010

Masih Ada..

Assalamualaikum..

Ada cerita yang saya ingin kongsikan. Ttg kebaikan jiwa. Ttg kemurnian hati. Nilai2 yang sgt payah untuk ditemukan pada mana2 manusia tidak kiralah yang dewasa atau muda, berpangkat tinggi atau rendah, yang miskin atau kaya, berketurunan mulia atau hina. Nilai itu terlalu sukar untuk ditemukan apatah lagi di kota Kuala Lumpur ini. Mungkin ada tapi seringnya tiada..

Namun, adakalanya Allah mahu kita belajar sesuatu. Mentarbiyyah diri dari peristiwa2 yang bisa meninggalkan kesan. Memberi pengajaran.

Semalam saya bertemu kakak yang kebetulan ada program di Kuala Lumpur sekembalinya saya dari Tanjung Karang (hujung minggu saya punya kelas di HUKM justeru harus berulang-alik). Dijemput kakak dgn teksi di perkarangan HUKM. Bermalam di hotel dgn kakak dan anak buah yang semakin petah berbicara menyenangkan hati dan mengusir lelah belajar.

Dan pagi tadi, kami dikejutkan dgn kedatangan pemandu teksi semalam di depan pintu bilik hotel. Seorang lelaki pertengahan umur (berdasarkan uban beliau yang memutih di kepala). Beliau bertanya ttg dompet saya. Terpana sebentar. Pelik dgn soalan beliau kerana seingat saya mmg dompet saya itu ada dalam beg sandang saya. Dan saya sgt yakin ada di dlm beg. Dan tiba2 pakcik itu mengeluarkan dompet saya dari kocek seluar beliau. Terasa pucat muka saya waktu itu. Sah! Tertinggal dalam teksi!

Dan pakcik itu memberitahu semalam beliau ada dtg ke bilik hotel bertujuan memulangkan dompet saya itu tetapi tidak berjawab. Beliau igt kami sudah membuat laporan polis. Justeru beliau dtg lagi pagi ini untuk memulangkan dompet saya. Tak tahu nk gambarkan apa yg saya rasa waktu itu. Betapa baiknya manusia bergelar pakcik teksi ini. Dan saya terus menumpang pakcik itu ke HUKM kerana ada kelas.

Di dalam kereta, pakcik itu menegur saya ttg kecuaian saya. Katanya penumpang selepas kami yang memulangkan kepada beliau. Saya hanya diam. Bersyukur. Mungkin ada hikmahnya duit elaun MARA saya tak masuk2 lagi. Kerana saya rasa itu mungkin salah satu sebab di mana tak banyak duit di dalam dompet saya yang bisa memungkinkan org lain utk mencuri.

Sebelum ini di Bandung juga saya pernah mengalami situasi yang sama. Tertinggal dompet dan phone di pusat membeli belah. Yang menyebabkan nama saya di‘announce’ supaya dtg ke kaunter. Yang mana dompet saya itu dijumpai oleh salah seorang pelanggan. Dan pelanggan itu sudah tiada ketika saya tiba di kaunter. Betapa baiknya beliau kerana kalau org lain yg mengharapkan balasan atau mungkin pujian, pasti akan menunggu.

Justeru, saya membuat kesimpulan. Dalam dunia globalisasi sekarang, yang mana binatang bertopengkan manusia lebih ramai, MASIH ADA manusia berjiwa besar. Yang tak mengharapkan balasan untuk kebaikan yg dilakukan. Yang jujur dan bertanggungjawab menolong sesama manusia. Dan sepanjang kepulangan saya ke Malaysia, dalam banyak2 teksi yang saya naiki, hanya pemandu teksi berbangsa Melayu yang tidak pernah berkira. Wang tambang yang dihulurkan selalunya tidak pernah diambil tepat2. Akan dibundarkan ke jumlah yang jauh lebih kurang. Pemandu2 berbangsa lain tidak (kekerapan menaiki teksi sejak pulang ke Malaysia menyebabkan saya sudah bertemu pemandu teksi dari ketiga-tiga bangsa iaitu Melayu, Cina, dan India). Meter yang tertera selalunya akan dibundarkan ke jumlah lebih tinggi dan harus dibayar tepat jumlahnya.

Bila mengenangkan betapa banyaknya kad2 penting dalam dompet saya itu, membuatkan saya sgt2 bersyukur. Serik utk cuai lagi. Kad pengenalan, lesen memandu, kad2 bank, kad2 pelajar, semuanya saya letak di dalam dompet. Dalam hati saya berdoa, semoga dalam arus kemodenan yang mana manusia makin hilang sifat manusiawi serta tinggi sifat ‘kehaiwanan’ dalam diri, MASIH ADA manusia2 berhati mulia, berjiwa besar. Dan moga2 saya juga tergolong dalam golongan itu. InsyaAllah.

2 comments:

achiq said...

lenkali jgn careless...nsb bkn sllnya baek..jg brg berharga dgn baik, ibarat menjaga org yg disayangin..kl hlg blh dpt blk, syukur..jgn nti hlg n xkan pnh dpt blk..=)

diya jamal said...

aku pernah hilang henpon dalam komuter. padan muka. cuai lagi. wuwuw..

siyes, ko untung!