November 17, 2010

Redha. Aidiladha.

Assalamualaikum..
Lama menatap skrin laptop tapi tiada ilham bertandang untuk menulis. Malah tajuk juga saya kemudiankan. Namun tetap, masih, mahu menulis.

Alhamdulillah. Selesai sudah semester 1 saya di HUKM, Cheras. 2 posting yang wajib dilalui. Yang pertama Medicine & Society (Kesihatan Masyarakat) di Tanjung Karang, Selangor. Dan yang kedua Medicine (Penyakit Dalam) di HUKM sendiri. Setiap posting selama 8 minggu atau 2 bulan. Bermacam ragam manusia. Kerenah rakan seperjuangan. Para doktor. Jururawat. Juga patient. Terus terang, bukan mudah untuk menjadi seorang doktor perubatan.

Dan tadi, keputusan final exam sem 1 diumumkan. Sudah dijangka sebenarnya. Walaupun sedikit berharap ia tidak menjadi kenyataan. Saya gagal. 1 posting. Medicine. Sedih. Tapi selebihnya kecewa. Mungkin ada silap saya di mana-mana. Jangan menyalahkan sesiapa. Saya redha. Sungguh. Tiada air mata yang gugur. Tiada marah seperti selalunya. Hanya sedikit sebak dan kecewa. Apapun rasa, kurang terasa andai menjangka dan bersedia.

(Terdiam)

Perjuangan tetap perjuangan. Saya sudah pun memasuki posting baru. Surgery (Bedah). Kemudian posting terakhir, O&G (Sakit Puan). Kemudian akan mengulang mana-mana posting yg gagal, sebulan setiap satunya, selepas peperiksaan akhir. Justeru, 1 posting telah pun pasti akan saya ulang. Medicine.

Entah. Tak tahu mahu diceritakan apa. Mahu diceritakan bagaimana. Yang berlalu biarkan berlalu. Mahu meminjam kata-kata seorang teman ketika memberitahu keputusan saya, "Allah menjanjikan yang lebih baik". Terima kasih (sekadar tepukan di bahu itu saja sudah lebih dari mencukupi). Benar. Hanya Dia lebih mengetahui. Siapa kita untuk mempertikaikan.

Saya redha.

Juga, salam Aidiladha buat semua. Saya tidak pulang beraya. Cuti hanya sehari. Sekadar beraya di hospital. Dikelilingi buku-buku. Walau sudah hampir 5 bulan 'bersara' dari bergelar anak perantauan, masih juga tidak mampu untuk pulang beraya ke rumah sendiri.

(Senyum). Takpe..

Sekali lagi. Salam Aidiladha buat semua kaum muslimin muslimat. Ketemu lagi di lain waktu.


(Salam Aidiladha.)

4 comments:

xiraburkhan said...

syuddddd!! semoga dipermudahkan segala urusan ^__^ stay tough.cool.strong.
go syud go!

"Though miles may lie between us, we're never far apart, for friendship doesn't count the miles, it's measured by the heart."
:)

Nurul Syuhada Sulaiman said...

Thanks my dear. Terharu. Huhu. InsyaAllah. I'll stay tough, cool and strong.

rainbowskittle said...

syudud~ berusaha !

SIS said...

nak jadi doc, hati kena BESAR...lebih besar drp perjuangan menjadi MD yg sebenar...ujian n halangan sbg 1 cara didikan drpNya...semoga terus tabah n kuat smgt...adik akak seorg yg berhati besar...jgn mdh putus-asa...akak doakan drp jauh...