November 22, 2010

Wrong.

Assalamualaikum..

Hari yang amat, sungguh dan paling 'panjang' buat saya. Ke wad seawal 6.30 pagi. Clerk patient. Get ready untuk ward round pagi. Under team Endocrine & Breast (ENB). Hanya beberapa patient di wad biasa.

8.30 pagi ke Operation Theatre (OT) di bahagian O&G untuk melihat minor surgery/daycare. Pertama kali masuk je tak tahu apa-apa, main redah je pakai baju and tudung OT (the worse tudung i ever wear, made me look very old!). Melihat excisional biopsy for enlarge brachial lymph node. Pada mulanya ok. But then suddenly, i felt dizzy. Berpinar-pinar. Serius. MABUK DARAH. Bukan..! Saya pun tak tahu. Patient diberi local anaesthesia (bius) untuk menghilangkan sakit ketika biopsy. Tapi tidak mencukupi. Beberapa kali patient mengerang, sakit. Dan terus pandangan jadi tak menentu menyebabkan saya terpaksa keluar dari OT. Dan setelah 'stabil', saya masuk semula. Ditegur MO (Medical Officer) di situ. Aduh. Malu. Dan itu MO terbaik pernah saya jumpa. Kenapa? Because she's willing to teach even we (my other 2 friends and i) know nothing or senang kata 'blur'. Saya suka part itu (definitely bukan part PENING and ditanya MABUK ke?). Pertama kali rasa neuro itu best (Ada kaitan ke LN biopsy dgn neuro? Tibai le. Doktor baik). :)

Kemudian pukul 11.++ pagi, saya kembali ke ward. Melihat wound dressing (cuci luka). Aduh. Darah lagi. Terpaksa bertahan. Mahu memenuhkan logbook. Saya tak tahu kenapa. Saya tak takut darah but then today jadi begitu. Lama wound dressing nya. Hampir pukul 1.00. Kerana patient itu mengalami occupational injury (kemalangan di tempat kerja). Terduduk di atas 'driller' yang sedang on! Bayangkan. There is other big hole down there other than your anus. Seriously severe. Patient lelaki. Warga asing. Kasihan.

Kemudian, turun untuk lunch dan solat. Pukul 2.00 petang, saya ke wad lagi. Masih prepare untuk presentation case. Untuk teaching pukul 4.00 petang. It was our first teaching with our professor. Quite tension.

And at 4.00 pm, teaching started. Mula sahaja, saya sudah dimarah. Tiada 'yellow paper' (for attendance). Bergegas ke tingkat 8 (office). Aduh. Kerani solat. Dan terpaksa menunggu untuk di'print' dan photocopy. Kemudian, sampai saja di tutorial room, terus di'attack'. Kami tak cover semua bed di semua wad. Kerana salah faham. Kami igtkan hanya di wad biasa. Tapi prof mahu di semua wad. Dan sudahnya, teaching dibatalkan. Seriously, down..!

Dah. Itu sahaja. Habis cerita. Is it?

But seriously, if anyone tell me about this is relax posting, i'm gonna kill them with my both hands.
And seriously, if anyone tell me that O&G lg teruk, no. I dont wanna hear it. I'm not there yet.
'Pendapat-pendapat' itu semua tak boleh pakai. Takkan tahu selagi tak melalui. See what happened now? Blaming? No, i dont. Dont care also. Just tired with wrong perception. Never get you anywhere.

*This is the first emo entry.

4 comments:

Anonymous said...

relax la syudud. biasa la tu, adapt je

rainbowskittle said...

jgn percaya cakap orang. betul tu. sebelum ni orang kata surgery relak. tapi sebenarnya surgery tu penat. ong lebih relaks. tapi kaan syudud bab darah tu. tunggu la nanti tengok darah masa ong. macam bukak paip kat vagina je tau . laju dan banyak je keluar/ jangan pengsan. goodluck surgeri!

Nurul Syuhada Sulaiman said...

oh? macm paip ke? aduh. tp seyes terkezut dgn diri sdri nye rxn. mabuk kot. huhu.

neway, thanks both of u. :)

Achiq said...

bahu yg memikul xkan sm ngan mata yg memandang...tp kl diberi ujian segetir mana sekalipun, sdh pasti Allah tahu hambaNya mampu menggalas cabaran itu...