February 13, 2012

126 days - Exam.


[2] 286: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
[3] 160: Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.
[3] 173: Cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik-baik diserahkan urusan.

Exam. Ujian. Peperiksaan. 
Moga dipermudahkan.
Selamat berjuang.

February 12, 2012

127 days - Memberi Erti.

Berhujung minggu dengan teman-teman. Tak perlu terlalu kenal. Cukup sekadar tahu siapa. Tak perlu menang. Cukup sekadar manis untuk diingati. Selesa begitu. Senang begitu. Ukhwah itu pelbagai. Kadang-kadang ada pahitnya. Tapi yang manis itu selalu ada. Hidup itu untuk dialami bukan? Agar sentiasa memberi erti. 

Warm up.

 Line up.

 Chin up.

  Peace up.

  
Arms up.

 
 Smile up.
 
Thumbs up. :-)
 

 Indoor game (Chess): Third place.

 Hidup memberi erti..

February 5, 2012

134 days - Annual Dinner KTDI.

Usai menghadiri annual dinner kolej untuk tahun 2012. Sangat-sangat berpuas hati dari segi tempatnya, makanannya, persembahannya, keteraturannya dan sambutannya. Grand! Sangat suka. Ok cukup. Puji biar berpada-pada. But, apa pun, mood sangat baik sebab yang paling penting makanannya sangat best. Mengunyah sampai lenguh. He he he. Cuma gambar yang dapat menggambarkan. Rasanya untuk sepanjang tahun ini dan tahun lepas, ini satu-satunya program yang sangat-sangat berpuas hati. Tahniah kepada jawatankuasa yang terlibat.

 Lighting sangat mantap.

The grand stage.

Before eating.

The menu. Mantap siap dengan crab. (Unexpected.)

During eating.







The girl.

Apapun, Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam. Yang penting bukan sambutannya, tapi penghayatannya. Semoga Allah memberkati kita dan kalian semua.

February 4, 2012

135 days - PWTC Book Fair.

Baru pulang dari PWTC. Mencari buku. Kebetulan punya baucar buku RM200. Tadi menghabiskan separuh daripadanya. Entah kenapa, antara shopping barang dan shopping buku, shopping buku lebih mengundang bahagia. Mungkin kerana saya sering menempuh perjalanan jauh, menaiki bas atau kereta. Atau keluar ke mana-mana, sendirian atau berteman. Seringnya, buku-buku itu di tangan. Buku-buku itu selalu menghanyutkan saya. Kerana jalan ceritanya berbeda. Dan kerana itu, bukan semua buku bisa menarik hati saya untuk dibaca.  Kurang gemar plot cerita yang sudah boleh diteka kesudahannya. Not intriguing. Justeru, saya agak cerewet. Hanya memilih penulis-penulis yang tertentu.



Dan tadi membeli tiga buah buku dan tambahan satu buku masakan (kerana mahu mencukupkan nilai RM100). Walaupun agak sesak tadi tapi memang berbaloi. Ada pelbagai pilihan dan diskaun yang disediakan. Yang penting, tertunai sudah hajat membeli buku selain buku pelajaran untuk tahun ini.


February 1, 2012

138 days - Ingatan Kenangan.

Sewaktu cuti panjang sempena Tahun Baru Cina yang lepas, kami lima beradik semuanya pulang. Sudah lama tidak berkumpul sekeluarga. Dan, Rabu minggu lalu juga ke pantai bersama keluarga tercinta. Sudah lama tidak menjejak kaki di Pasir Lanun, Rompin itu. Punya sejarah tersendiri kerana dulu kerap ke sana.

Lalu, menjadi kesukaan apabila ke pantai. Merempuh ombak. Meninggalkan bekas tapak kaki di atas pasir. Sesekali apabila adik-adik melangkah di atas pasir, mengikut jejak tapak kaki mereka. Tapak kaki saya paling kecil. Adik bongsu sudah lebih tinggi dari saya. Semuanya sudah meningkat dewasa.  Lalu, secara rasminya, saya menjadi yang paling kecil walaupun saya yang paling tua. Sudah bakal menginjak usia 24 tahun. Usia yang sepatutnya akal dan jiwa sudah matang.
 

Kami turut ditemani keluarga teman bonda. Penuh kuda perak ayah dengan adik-adik yang semuanya sudah besar-besar belaka. Kuda hitam bonda lagi satu tidak dibawa. Lalu, saya menaiki kuda hitam teman bonda untuk mengurangkan kesesakan kuda perak ayah. He he he. 

Sepanjang perjalanan, teman bonda sesekali bercerita kisahnya di tempat itu. 10 tahun menetap di situ, mengajar, bertemu jodoh langsung terus bernikah dan berkeluarga, pastinya tempat itu menyimpan banyak kisah dan sejarah. Ketika perjalanan pulang, teman bonda mengajak ke sekolah yang pernah diajar beliau. Ayat pertama yang keluar ketika sampai di perkarangan sekolah, "Mana pokok kelapa KITA?". Saya yang mendengar sekadar tersenyum. Nostalgik dan romantik bukan? 

Ketika melihat teman bonda dan suaminya mengimbau kenangan cinta mereka, terasa kuatnya tautan hati mereka dengan tempat itu. Lalu, entah kenapa, terlintas di hati, tanah seberang yang sudah hampir 2 tahun ditinggalkan itu. Ada rindu yang menjengah. Paling dirindui cuaca dinginnya. Juga rindu melihat mentari dari tingkap bilik. Makanan-makanannya; lumpia basah, nasi gila, beng-beng, ayam penyet, bebek jegek, tauhu sumedang (menjadi kegilaan walaupun sekadar tauhu goreng dan cili padi) dan macam-macam lagi. Bila mengenang begini, hati seakan-akan mahu terbang terus ke sana.

Walaupun hanya 3 tahun, daerah asing itu menyimpan banyak kenangan, lalu ianya amat dekat di hati. Tempat jatuh lagi dikenang, apa lagi tempat bermain. Terlalu banyak pengalaman yang ditimba. Belajar menjadi dewasa, mungkin. Andai diizinkanNya, saya juga mahu menyusuri kembali jalan-jalan kenangan itu. Manis untuk diingati semula. 

Berbanding sesama manusia, tempat-tempat itu lebih mengikat hati dan jiwa saya. Kenangan sesama manusia lazimnya luput ditelan masa. Tetapi tempat akan setia di situ. Tidak ke mana-mana. Justeru, mungkin kerana itu, saya jarang menjejaki sesiapa semula. Mungkin sebab itu juga, saya susah untuk keep in touch. Mungkin kerana itu juga, saya hanya sekadar mengenang. Kerana sayang andai manusia dalam realiti itu tidak sama, lalu kenangan lama yang sedia ada itu berubah warna. Cukuplah sekadar ingatan di masa lalu..