Baru pulang dari PWTC. Mencari buku. Kebetulan punya baucar buku RM200. Tadi menghabiskan separuh daripadanya. Entah kenapa, antara shopping barang dan shopping buku, shopping buku lebih mengundang bahagia. Mungkin kerana saya sering menempuh perjalanan jauh, menaiki bas atau kereta. Atau keluar ke mana-mana, sendirian atau berteman. Seringnya, buku-buku itu di tangan. Buku-buku itu selalu menghanyutkan saya. Kerana jalan ceritanya berbeda. Dan kerana itu, bukan semua buku bisa menarik hati saya untuk dibaca. Kurang gemar plot cerita yang sudah boleh diteka kesudahannya. Not intriguing. Justeru, saya agak cerewet. Hanya memilih penulis-penulis yang tertentu.
Dan tadi membeli tiga buah buku dan tambahan satu buku masakan (kerana mahu mencukupkan nilai RM100). Walaupun agak sesak tadi tapi memang berbaloi. Ada pelbagai pilihan dan diskaun yang disediakan. Yang penting, tertunai sudah hajat membeli buku selain buku pelajaran untuk tahun ini.
No comments:
Post a Comment