June 14, 2010

Significant.

Assalamualaikum..

Akhirnya berpindah juga saya ke laman blogspot ini. Sebenarnya jauh di sudut hati agak keberatan. Sebab blog di friendster itu sudah terlalu lama ‘dengan’ saya. Sudah sebati. Sudah sehati. Juga saya senangi. Namun, saya nekad untuk membuat pembaharuan sekembalinya saya dari bumi nusantara Indonesia. Mewujudkan blogspot.

Banyak peristiwa yang berlaku sebenarnya. Kalau bisa diceritakan semuanya, memang saya teringin ceritakan. Tapi untuk permulaan, cukuplah sekadar menyentuh perkara2 yang signifikan bagi saya.

New: Registration of My Clinical Year

Saya sudah pun mendaftar di HUKM sejak 22 May yang lalu. Sedikit rasa berdebar. Terlalu lama di Indonesia. Juga agak kekok sebenarnya kerana kebanyakan urusan adalah formal. Tidak seperti di sana. Saya tiba agak lewat di HUKM iaitu hampir waktu tgh hari. Alhamdulillah, tiada masalah untuk urusan penempatan dan pengambilan kunci bilik.

Old: Cargo Shipment

Dan kalau ada yang mengikuti blog saya yang lepas, saya menguruskan barangan kargo yang membawa barangan rakan2 & saya kembali ke tanah air. Dan urusan kargo itu telah pun selesai pada hari pendaftaran. Kotak2 itu tiba lebih awal dari yang saya jangkakan. Ketibaan saya yang agak lewat sedikit sebanyak merumitkan keadaan memandangkan kotak2 itu hanya boleh di’release’ oleh tandatangan saya sebagai penama.

Maaf kalau menyusahkan sesiapa kerana beberapa masalah timbul di saat akhir. Terutama rakan senior saya, Aishah. Kerana sebetulnya, ada lori yang ditempah oleh Aishah untuk membawa kotak2 tersebut ke kediaman masing2 terutama untuk pelajar yang tinggal di luar. Namun, lori tersebut hanya available jam 2 ptg menyebabkan sebhagian rakan2 saya telah pun dgn sndiri menggunakan lori kargo dan membayar lebih untuk pengangkutan tersebut. Maaf sekali lagi. Terima kasih juga kepada semua yang membantu.

New: Basic Clinic

Minggu pertama dan kedua saya di HUKM dipenuhi dgn taklimat2. Tentang persatuan yang ada. Tentang peraturan yang perlu dipatuhi. Perkenalan dgn senior2. Juga klinik asas yang memberi pendedahan awal kepada kami ttg kehidupan di hospital. Tahu di mana department2 yang berkaitan. Wad-wad yang harus diigtkan. Para doktor dan jururawat. Serta mula mendekati patient.

Just want to share my first experience of approaching a patient. My first patient was diagnosed as having myasthenia gravis. It is an autoimmune disease that causes neuromuscular junction disorder where the muscle acethylcholine receptors are not functioning well that lead to muscle weakness. Hence, the most common chief complaint would be fatigue. Huh? A lot of medical term here.

Let’s make it easy. Usually, any patient with this disease suffered in difficulty of breathing because their muscle were fatigue (breathing needs muscle movement). In this disease, their body produce antibodies that reduce the amount of receptor (like an antenna). Without that receptor, the signal cannot be received. So the nerve cannot function well & the muscle cannot move adequately. So, simply, they cannot breath.

It was my first experience and during that particular time, i didnt know what was that disease is all about. Well, i felt quite embarassed because of that. But still, it was an interesting thing to learn about. Don’t you think?

New: PPD (Personal & Professional Development) Camp

Dan saya juga baru pulang dari kem 4D3N di Kem Bina Negara, Ulu Sepri, Rembau. Kem yang secara terus terang saya katakan pada mulanya agak membosankan. Maaf. Itu hanya pandangan awal saya. Namun, selepas aktiviti KEMBARA, ia kembali meng’hangat’kan suasana kerana aktiviti tersebut sgt menekankan ttg ‘teamwork’. Juga aktiviti ‘telematch’ yang menggunakan equipment2 perubatan. I really enjoyed myself. One of the game was we had to inject the water using syringe into the urine catheter. Until the balloon at the end of it, burst. It was really depressing at the beginning because the water kept coming out. But then, we learnt how to make it stop & the balloon burst. Yeay! Hahaha..




Actually i learnt a lot of things from that camp. Especially about the moral & ethic of being a doctor. Banyak isu yang diketengahkan. Especially about doctor-patient relationship. Sesuatu yang akan dan harus dipelajari sepanjang bergelar seorang doktor.

Wallahualam..

3 comments:

akak said...

welcome to blogger world =)

Nurul Syuhada Sulaiman said...

hee..tq~

faizoul said...

welcome to blogspot :)