Sudah menghampiri Ramadhan.
Bulan yang sentiasa ditunggu.
Sentiasa dialu-alu.
Sentiasa dirindu..
Terkadang terasa jauh dariNya.
Atau hakikatnya hati yang membiarkan diri begitu.
Lebih rela kenyang dari berlapar dahaga keranaNya.
Lebih senang turut bermimpi dari berjaga ketika alam sunyi.
Sering dihambat waktu. Melebihkan dunia. Terkadang lupa dan alpa.
Tapi tetap, mahu mencari malam seribu bulan.
Mahu mencari lebih keredhaan.
Mahu diberi lebih kekuatan.
Sudah belajar menerima ketentuan.
Moga umur dipanjangkan.
Moga dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment