July 13, 2011

339 days - Sentiasa milikNya.

Tadi. Dapat panggilan. Dari rumah. Berita pemergian bapa saudara. Innalillahi wa innailaihi raajiun. Semoga arwah tenang di sana.

Ini kali kedua menerima berita kematian. Utk tahun ini. Kedua-duanya kerana barah. Cancer. Hati. Dan perut. Lambat diketahui. Hanya tahu apabila sudah di terminal stage. Peringkat yang sudah tidak mampu diubat. Dan mereka pergi tak lama selepas didiagnosis.

Itulah. Tadi. Diberitahu mama ketika sedang menunggu Zuhur. Lama. Merenung sejadah.

Entah. Sering rasa kurang percaya. Bukan. Rasa tidak sangka. Mereka sihat sebelumnya. Tapi apabila penyakit itu diketahui, dgn cepat berat badan menyusut. Kemudian terus melemah. Hingga tiba saat mereka pergi. Dalam usia yang tak sampai setengah abad. Benarlah. Manusia hanya merancang, Dia menentukan. Kita, sentiasa milikNya. Sampai masa, bertemu Dia.

Dan cuti kelmarin, melihat nenek saya. Juga begitu. Makin melemah. Bukan kerana cancer. Tapi kesan jangka panjang selepas brain surgery. Akibat pendarahan dalam otak. Pada peringkat awal masih mampu mengenal saya. Masih mampu berkata-kata. Tapi sekarang, mengurus diri juga sudah tidak mampu.

Namun, saya punya atuk yang masih sihat. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang bukan? Diberi kesakitan kepada nenek tetapi diberi juga kesihatan kepada atuk. Melihat sendiri kasih atuk yang tanpa jemu menjaga nenek. Enggan berpisah. Tidak mahu berenggang. Melihat sendiri agungnya cinta atuk menahan sabar melayan kerenah nenek. Semuanya tersedia. Makan dihidang. Baju dilipat. Suntikan insulin juga atuk saya yang buat. Kagum. Terharu.


Lalu, saya tanam dalam hati. Kambus rapat-rapat. Mahu cinta semacam itu. Mahu kasih setulus itu. Mahu begitu. Moga begitu. Hingga kelak bertemu denganNya.

No comments: